Untuk rekod, Darrent Bent telah menyumbangkan 25 gol untuk Sunderland musim lepas dan 11 gol lagi pada musim ini.
Sunday 24 April 2011
JURUKAMERA, Wan Chun Hung, 37, sentiasa mencari pendekatan dan teknologi terbaik untuk mendapatkan kesan terbaik dalam penggambaran dengan peralatan videografi. "Mengapa? Proses mesti cepat, tepat, berkesan dan memberikan hasil terbaik. Untuk telefilem Darlingku Citra ini, saya memanfaatkan teknologi videografi terdapat pada kamera digital Single Lens Reflex (SLR) jenis Canon EOS5D Mark II. Sebelum ini, saya lebih banyak menggunakan Sony EX1.
"Kamera EOS 5D mampu bukan sekadar merakam gambar Definisi Tinggi (HD) tetapi praktikal dan mudah dikendali. Kamera ini paling digemari ramai pembuat filem persendirian. "Bukan sekadar fleksibel, tetapi kamera mampu dapat membantu proses rakaman dalam dan luar bangunan. Kelebihan lain? Banyak pilihan lensa profesional yang boleh ditukar-tukar mengikut keadaan. Pos produksi juga mudah kerana apa saya perlu lakukan adalah hanya menambah skrin tambahan.
"Secara keseluruhan, saya suka membuat penggambaran bertema masyarakat majmuk seperti Darlingku Citra. Mesej diketengahkan dalam telefilem menyentuh kehidupan sebenar masyarakat negara ini. "Sebelum ini pun, saya bekerjasama bersama ramai pengarah berlainan bangsa menyiapkan pelbagai jenis filem, drama dan muzik video di lokasi mencabar. Melalui kerjasama ini, banyak elemen baru diterokai sekali gus menjadi medan eksperimen kemanusiaan, teknologi dan persekitaran. "Jadi, saya memerlukan kamera yang boleh bekerja dalam pelbagai situasi. Ini projek keenam saya di Malaysia selepas bekerjasama Woo Ming Jin menerusi Tiger Factory ditayangkan di Festival Filem Cannes, Perancis," katanya. Wan berpengalaman bekerja sebagai Pengarah Fotografi TV Komersial di Thailand selama tiga tahun. Antara penggambaran sebelum ini adalah 100 Hari Jadi, Aku SRK, Garuda dan MTV penyanyi Indie Cina, Vic Teo. "Saya akan terbabit dalam penggambaran filem baru, Seru selepas ini," kata Wan lepasan Brooks Institute of Photography, California.
KECEMERLANGAN Safee Sali di final Piala Suzuki tahun lalu dan populariti diraihnya sejak beraksi di Liga Super Indonesia membolehkannya terpilih pemenang Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan di Anugerah Ulang Tahun pertama Astro Arena, malam tadi. Safee menjadi pilihan peminat yang mengundi dalam laman web Astro Arena apabila meraih 52 peratus undian, menewaskan empat pencabar iaitu Amin Rahim dan S Kumar (hoki), Amin Rahim (bola sepak) serta Koo Kien Keat (badminton).
Penembak negara Nur Ayuni Abd Halim dipilih Atlet Wanita Pilihan Berpasukan. Kecemerlangan membidik emas Sukan Komanwel 2010 dalam acara double 10 meter air rifle terbukti mendapat tempat di hati peminat. Ayuni menewaskan rakan seperjuangan Nor Suryani Taibi, Low Wee Wern (skuasy), Leong Mun Yee (terjun) dan Sharon Koh (Bowling).
Berbekalkan 42 peratus undian peminat, atlet angkat berat, Amirul Hamizan Ibrahim yang pernah digantung dua tahun akibat penyalahgunaan bahan terlarang dipilih atlet Kebangkitan Pilihan atas kejayaan meraih pingat emas Sukan Komanwel 2010.
Khairul Fahmi Che Mat muncul atlet muda pilihan dengan undian 83 peratus menewaskan pasukan bola jaring (remaja), Arrico Jumitih (angkat berat), Elaine Koon (gimnastik) dan Yeap Wai Kin (wushu).