Sunday, 24 April 2011


 
KECEMERLANGAN Safee Sali di final Piala Suzuki tahun lalu dan populariti diraihnya sejak beraksi di Liga Super Indonesia membolehkannya terpilih pemenang Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan di Anugerah Ulang Tahun pertama Astro Arena, malam tadi.
Safee menjadi pilihan peminat yang mengundi dalam laman web Astro Arena apabila meraih 52 peratus undian, menewaskan empat pencabar iaitu Amin Rahim dan S Kumar (hoki), Amin Rahim (bola sepak) serta Koo Kien Keat (badminton).

Penembak negara Nur Ayuni Abd Halim dipilih Atlet Wanita Pilihan Berpasukan. Kecemerlangan membidik emas Sukan Komanwel 2010 dalam acara double 10 meter air rifle terbukti mendapat tempat di hati peminat. Ayuni menewaskan rakan seperjuangan Nor Suryani Taibi, Low Wee Wern (skuasy), Leong Mun Yee (terjun) dan Sharon Koh (Bowling).

Berbekalkan 42 peratus undian peminat, atlet angkat berat, Amirul Hamizan Ibrahim yang pernah digantung dua tahun akibat penyalahgunaan bahan terlarang dipilih atlet Kebangkitan Pilihan atas kejayaan meraih pingat emas Sukan Komanwel 2010.

Khairul Fahmi Che Mat muncul atlet muda pilihan dengan undian 83 peratus menewaskan pasukan bola jaring (remaja), Arrico Jumitih (angkat berat), Elaine Koon (gimnastik) dan Yeap Wai Kin (wushu).

No comments:

Post a Comment